Social Icons

Saturday, February 22, 2014

Segalanya Bermula Di sini...

Hampir dua tahun sebenarnya saya mencari satu produk kesihatan iaitu suplemen yang sesuai untuk diri dan ahli-ahli keluarga yang lain.  Ciri utama pemilihan produk tersebut perlulah halal, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hasil dari sumber semulajadi yang selamat, berkesan dan selamat di gunakan. Pembacaan dalam internet dan dari journal kesihatan turut membantu saya dalam mencari maklumat yang dikehendaki serta mendapat pandangan peribadi dari para doktor perubatan. 



Alhamdulillah ternyata pemilihan saya  untuk menjadikan produk Shaklee sebagai pilihan utama produk kesihatan keluarga adalah tepat. Vitamen C, Vitamen E, Omega Guard, Lecithin, Alfalfa, OsteMatrix, Meal Shakes dan Chewable Vit C (untuk kanak-kanak) merupakan suplemen utama yang digunakan oleh kami sekeluarga.

Minggu ke 2 Januari 2014, saya membuat keputusan untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Di situlah bermula segalanya dimana saya mula berkongsi tentang kebaikan mengambil produk ini bersama adik-beradik, ibu bapa dan sahabat-sahabat saya yang lain.  Niat saya adalah satu agar semua orang disekeliling saya kekal sihat dan dapat menumpukan perhatian untuk menjalani ibadah dengan sempurna. In shaa allah.

Kenapa saya memilih Shaklee?

1.  SENTIASA SELAMAT

Apa yang dimaksudkan dengan selamat di sini adalah produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semulajadi daripada sumber alam yang paling tulen, berkesan dan selamat.

Oleh kerana ia berasaskan sumber semulajadi, produk-produk Shaklee bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa atau apa-apa kandungan buatan yang lain.

Shaklee juga tidak menjalankan ujian terhadap haiwan.

Apa yang penting tiada penggunaan silica gel dalam setiap botol suplemen Shaklee dan ini menunjukkan Shaklee benar-benar asli serta bebas bahan kimia.

2. SENTIASA BERKESAN

Shaklee telah menjalankan 83000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan produknya. Contohnya ; VitaLea telah melalui sebanyak 349 ujian kualiti

Lebih daripada 90 kajian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik telah menyokong keberkesanan produk Shaklee

Apa yang anda baca pada label adalah apa yang anda akan perolehi iaitu terjamin setiap masa.

Produk Shaklee mengandungi jumlah fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum kepada pengamalnya.

Cara-cara pemprosesan yang berjadual memastikan penyerapan yang mudah dan penggunaan nutrient yang optimum di dalam badan.

Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mengambil suplemen jenama lain mahupun mereka yang tidak pernah mengambil sebarang suplemen langsung.

3. SENTIASA MESRA ALAM

Oleh kerana Shaklee berasaskan sumber semulajadi, maka ia mengembalikan apa yang diambil kepada alam sejagat untuk mewujudkan suasana harmoni

Selama lebih daripada 55 tahun, Shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai `Climate Neutral' bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan juga bumi anda. 




[CHANGING BRANDS CAN CHANGE YOUR LIFE]



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my